Undang-undang lindungi mangsa gangguan bakal diperkenal

ERVINA MOHD JAMIL

PEMERINTAH akan memperkenalkan undang-undang baru bagi melindungi mangsa daripada gangguan di Parlimen Isnin ini.

Undang-undang itu akan merangkumi pelbagai bentuk gangguan seperti gangguan seksual di luar dan dalam tempat kerja, buli siber, buli dan juga tindakan mengekori seseorang.

Perbuatan seperti itu, sekiranya dilakukan di Singapura namun mangsanya di luar negara, juga akan dianggap sebagai satu kesalahan di bawah undang-undang ini.

Malah, perbuatan itu juga akan dianggap sebagai satu kesalahan sekiranya pesalah itu berada di luar negara namun mangsanya di Singapura dan pesalah itu tahu mangsanya di sini.

Undang-undang itu juga akan menawarkan pelbagai langkah bantu diri, remedi sivil dan sekatan jenayah.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.