Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Unit baru pemerintah urus lebih 100 kes aniaya orang dewasa rentan

Oct 03, 2016 | 10:14 AM



SEBUAH unit baru yang menyiasat penganiayaan orang kurang upaya dan lemah telah mengendalikan lebih 100 kes sejak ia dibentuk oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Mei tahun lepas.



Ia terdiri daripada pelbagai kes, daripada pengabaian kepada kes lebih serius serangan fizikal atau seksual.



Pembentukan Perkhidmatan Perlindungan Dewasa (APS) itu bermakna kini terdapat sebuah pasukan pekerja sosial pemerintah khusus di barisan depan. Pada masa lalu, kementerian itu memberi tumpuan pada dasar dan pembiayaan badan amal yang mengendalikan kes.



Langkah lebih terlibat secara langsung itu sejajar dengan Akta Orang Dewasa Rentan yang kementerian itu jangka akan bentang di Parlimen menjelang awal tahun depan.



Undang-undang baru itu memberi negara kuasa untuk melindungi orang dewasa terdedah, misalnya dengan membenarkan agensi pemerintah memasuki rumah untuk menilai kesejahteraan seseorang, dan untuk memindahkan mangsa penganiayaan sementara ke tempat selamat.



Pada masa ini, agensi-agensi itu hanya bergantung pada bujukan moral.



Sejak dibentuk, APS dan 10 pekerja sosialnya sibuk mengendalikan kes.



Ia termasuk kes pengabaian, yang berlaku apabila penjaga gagal memberi penjagaan asas seperti memberi makan. Bagaimanapun, penganiayaan paling biasa ialah keganasan fizikal dan pengabaian, jurucakap kementerian itu memberitahu akhbar The Straits Times.



Mangsa, yang mengalami kelemahan fizikal atau mental seperti demensia, terdiri daripada pelbagai peringkat umur, daripada 18 kepada lebih 90 tahun.



Daripada kes yang dirujuk kepadanya, APS menjalankan siasatan penuh ke atas 21.



Ini termasuk kes seorang lelaki berusia 80 tahun yang disyaki diserang anaknya. Lelaki itu mengalami demensia dan menggunakan kerusi roda. Selepas siasatan, APS meletak beliau di sebuah rumah penjagaan.



Satu lagi kes melibatkan seorang wanita terlantar berumur 78 tahun yang tinggal bersama anak lelakinya berusia 45 tahun.



Anak wanita itu meninggalkannya sendirian di rumah apabila beliau pergi bekerja. Oleh itu, wanita berkenaan terpaksa bergantung pada jiran-jiran dan sukarelawan untuk membelikan beliau makanan.



Dalam kes ini, serta contoh lain, APS mendapatkan agensi lain, seperti penyedia penjagaan kesihatan dan pusat perkhidmatan keluarga, supaya memberi sokongan dan perkhidmatan kepada mangsa memerlukan.



Walaupun APS tidak melancarkan siasatan penuh ke kes yang dianggap kurang serius, ia menyediakan bantuan dan merujuk mereka kepada agensi seperti badan amal.



APS juga meninjau pilihan menyediakan aturan penjagaan alternatif jika ia berasa tidak selamat untuk seorang individu kekal di rumahnya.



Kes dirujuk kepada APS oleh agensi seperti hospital, polis dan pusat perkhidmatan keluarga.



Sesiapa yang bimbang seseorang itu mungkin menjadi mangsa penganiayaan boleh menghubungi talian bantuan Call Comcare di 1800-222-0000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >