Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR KESEDARAN SERANGAN SEKSUAL

Unit baru polis siasat jenayah seksual, keganasan keluarga

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



UNIT polis baru yang dikhaskan bagi menyiasat semua kes jenayah seksual dan keganasan keluarga bakal dibentuk bagi memastikan mangsa menerima bantuan dan sokongan yang lebih tertumpu.



Komand Jenayah Seksual dan Keganasan Keluarga, yang bakal beroperasi tahun depan, dianggotai kakitangan polis yang terlatih khusus dalam kededua bidang tersebut serta dilengkapi kemahiran menguruskan mangsa kes-kes tersebut.



Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada bidang tumpuan Semakan Jenayah Seksual, merangkumi proses siasatan dan operasi, latihan bagi kakitangan serta kerjasama dengan rakan kongsi masyarakat.



Mengumumkan pembentukan unit itu, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam berkata pemerintah mengambil pendekatan yang tegas dalam mengendalikan kesalahan seksual.



"Kami telah membuat banyak perubahan pada tahun-tahun sebelum ini, dari segi undang-undang dan juga proses untuk memastikan kita boleh mengendalikan isu ini dengan baik.



"Pihak polis juga aktif dalam menyemak proses-proses yang terlibat. Mereka juga mengambil langkah aktif dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai serangan seksual dan apa yang boleh dilakukan orang ramai dan juga mangsa," katanya, dalam ucapan yang disampaikan semasa Seminar Kesedaran Serangan Seksual yang diadakan di Kompleks Kompleks Cantonment Polis semalam.



Seminar yang diadakan buat julung kali itu dihadiri pegawai polis dan wakil dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan badan-badan lain.



Encik Shanmugam juga mengumumkan bahawa pihak polis akan memperhalusi latihan bagi kakitangannya supaya mereka berupaya bertindak dengan lebih baik terhadap kes-kes jenayah seksual.



Ini termasuk mengadakan seminar di mana pegawai akan mempelajari tentang amalan terbaik dalam mengendalikan kes-kes seperti itu.



Buat masa ini, kes serangan seksual disiasat oleh unit khusus dalam Pasukan Polis Singapura (SPF), dengan kes-kes rogol dipimpin Cabang Jenayah Seksual Serius.



Terdapat sebanyak 9,200 laporan serangan seksual, termasuk rogol, mencabul kehormatan dan kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak dan mangsa yang lebih terdedah, menurut polis.



Pesalah dalam 869 kes-kes itu terdiri daripada anggota keluarga atau saudara mara.



Tahun lalu, sebanyak 1,480 kes mencabul kehormatan dilaporkan, membentuk sekitar 42.3 peratus semua kes seksual yang dilaporkan.



Ini menunjukkan peningkatan sekitar 12 peratus berbanding 1,321 kes yang dilaporkan pada 2020.



Kes keganasan seksual terhadap kanak-kanak pula mencatatkan jumlah tertinggi dalam tempoh 11 tahun pada 70 peratus berbanding 261 kes yang disiasat pada 2020.



Polis juga bakal melancarkan laman sehenti lewat tahun ini yang menawarkan lebih banyak sumber kepada orang awam mengenai proses siasatan jenayah seksual dan langkah menjaga kesejahteraan mangsa.



Selain langkah-langkah tersebut, pihak polis juga akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi masyarakat dalam menawarkan sokongan lebih mendalam kepada mangsa serangan seksual.



Antaranya termasuk Care Corner Project Start (CCPS), yang menawarkan sokongan kepada mangsa keganasan.



Menurut ketua pekerja sosial di CCPS, Cik Kristine Lam, mangsa keganasan biasanya mengalami pelbagai jenis trauma termasuk mimpi buruk berterusan, keresahan dan rasa takut bila di luar rumah.



"Ada seorang mangsa yang tidak ingin angkat telefon dari nombor yang tidak dikenali, ini kerana sebarang perkara baru dalam hidupnya kalau boleh ingin dielakkan," kata Cik Lam sambil menambah ini termasuk keengganan memesan makanan dalam talian kerana ini bermakna nombor telefonnya akan diketahui orang yang tidak dikenali.




“Kami telah membuat banyak perubahan pada tahun-tahun sebelum ini, dari segi undang-undang dan juga proses untuk memastikan kita boleh mengendalikan isu ini dengan baik. Pihak polis juga aktif dalam menyemak proses-proses yang terlibat. Mereka juga mengambil langkah aktif dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai serangan seksual dan apa yang boleh dilakukan orang ramai dan juga mangsa.”
- Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >