Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Upper Aljunied Road akan dijajarkan semula, sebahagian jadi laluan pejalan kaki

Mar 16, 2016 | 10:57 AM



Sebahagian Upper Aljunied Road sedang dijajarkan semula untuk membebaskan lebih banyak ruang bagi taman dan pusat tukaran di kawasan perumahan Bidadari baru.



Kira-kira setengah kilometer bahagian jalan itu yang bersambung dengan Upper Serangoon Road akan dijadikan laluan pejalan kaki untuk menyertai rangkaian berbasikal dan laluan pejalan kaki di sekitar Taman Bidadari dan Tasik Alkaff.



Satu jalan baru yang sedang dibina akan bersambung dengan Upper Aljunied Road hingga ke Upper Serangoon Road di selatan, mengarah ke Potong Pasir.



Dalam arespons kepada akhbar The Straits Times, HDB menyatakan kerja menjajarkan semula jalan itu sedang dijalankan, dan dijangka siap akhir 2016.



Bahagian yang akan dijadikan laluan pejalan kaki, dengan rimbunan pokok-pokok matang, amat sesuai dengan pelan tindakan subur bagi Bidadari, yang digambarkan sebagai "sebuah masyarakat dalam taman".



Ia bersilang dengan Bidadari Greenway - sebuah jalan berhias, atau boulevard, mini sepanjang 1.6 kilometer dan selepas 20 meter yang menyusuri estet itu dan dipagari dengan tempat rehat serta kemudahan komersial dan masyarakat.



"Sejajar dengan warisan yang kaya di Bidadari, jalan yang dijadikan laluan pejalan kaki itu akan menjadi sebahagian daripada Laluan Warisan unik yang akan menggabungkan kisah-kisah Bidadari dan sumbangan tokoh terkenal masa lalu," kata jurucakap HDB itu.



Ia juga akan disambungkan kepada rangkaian laluan pejalan kaki dan berbasikal yang dirancang dalam estet Bidadari. Bandar ini akan mempunyai laluan berbasikal yang akan bersambung dengan taman penyambung Kallang di selatan, dan Sungei Serangoon serta Taman Punggol di utara.



Penjajaran semula Upper Aljunied Road akan juga membebaskan ruang bagi hab pengangkutan bersepadu yang dirancang di tapak stesen MRT Woodleigh di situ. Ia akan mempunyai sebuah pusat tukaran bas separa bawah tanah.



Satu lagi jalan yang akan dijajarkan semula ialah Punggol Road. Bahagian antara Taman Waterway Punggol dan Jeti Punggol akan dijadikan sebuah rangkaian hijau warisan. Satu jalan selari ke kanan akan dibina.



Ini akan mewujudkan tapak tanah bagi "kelompok kreatif" industri inovatif baru dan "koridor pembelajaran", yang akan menempatkan kampus Institut Teknologi Singapore.



Lembaga Taman Negara (NParks), yang akan membangunkan Punggol Road menjadi laluan pejalan kaki, berkata: "Old Punggol Road akan beransur-ansur berubah menjadi Jejak Warisan sepanjang 1.5 kilometer untuk orang ramai bersiar-siar, berlari-lari anak dan berbasikal di tengah-tengah kehijauan yang subur."



Ia tidak berkata bila itu akan menjadi kenyataan, tetapi difahamkan ia akan berlaku selepas 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >