URA undang saranan bagi pelan induk Daerah Tasek Jurong

PENGUASA Pembangunan Semula Bandar (URA) melancarkan pada Isnin (11 Julai) satu Permintaan Cadangan (RFP), menjemput pasukan pelbagai disiplin membangunkan cadangan pelan induk bagi Daerah Tasik Jurong.

Ia langkah pertama dalam apa yang dianggap sebagai transformasi daerah itu menjadi 'Sebuah Daerah Masa Depan' dan Daerah Pusat Perniagaan (CBD) kedua Singapura, kata URA.

Didedahkan buat kali pertama dalam Pelan Induk 2008 URA sebagai sebahagian daripada usaha desentralisasi, daerah itu terdiri daripada pusat perdagangan, Jurong Gateway dan kawasan santai yang dipanggil Lakeside.

Fokus utama usaha perancangan induk akan datang ialah pembangunan cadangan bagi Lakeside Gateway, sebuah kawasan perniagaan pelbagai kegunaan baru yang akan juga menempatkan perhentian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Lumpur-Singapura (HSR).

Pembangunan yang mungkin dijalankan di kawasan itu termasuk pejabat, kemudahan perniagaan, runcit, hiburan, makanan dan minuman, rumah tepian air, hotel, kemudahan riadah dan ruang awam.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemandu Daerah Tasik Jurong, berkata: "Sebagai sebuah CBD di kawasan perumahan kita, Daerah itu akan memacu pertumbuhan Singapura dalam ekonomi masa depan, dan memenuhi pelbagai keperluan perniagaan, penduduk, pelawat, dan rakyat Singapura daripada semua lapisan masyarakat."

Beliau menambah bahawa daerah itu akan dibezakan oleh ketersambungan tinggi dan pilihan mobiliti pintar dan hijau, dan akan menjadi hab inovasi pintar dan juga rumah bagi infrastruktur bandar mampan.

Selain Lakeside Gateway, pasukan yang mengambil bahagian akan membuat cadangan bagi komponen berikut Pelan Induk Daerah Tasik Jurong:

- Strategi bagi membentuk satu identiti tersendiri untuk Daerah Tasik Jurong;

- Semakan ke atas kegunaan tanah di kawasan sekitaran yang akan mengukuhkan kedudukan Daerah Tasik Jurong sebagai CBD kedua Singapura;

- Rancangan kurang kereta dan ketersambungan bagi Daerah Tasik Jurong dan kawasan sekitarnya;

- Garis panduan bagi reka bentuk bandar, strategi landskap dan ruang awam, dan rancangan mencipta, memperbaiki, dan menyepadukan kawasan hijau dan biru;

- Rancangan bagi penggunaan semula bekas Jurong Town Hall dan dan bangunan Pusat Sains yang ada;

- Rancangan bagi prasarana, perbekalan dan sistem bandar peringkat daerah yang mungkin boleh diadakan;

- Pelan ruang bawah tanah;

- Strategi kelestarian sekitaran

Selepas peringkat prakelayakan, lima pasukan akan disenaraipendek di peringkat dua untuk membangunkan Pelan Induk Konsep.

Pasukan terpilih kemudian akan membangunkan Pelan Induk Draf. Satu pameran awam akan diadakan sekitar suku ketiga 2017, dengan orang ramai dijemput memberi maklum balas.

Selepas itu, pasukan tersebut akan memperhalusi pelan itu, dengan mengambil kira maklum balas orang ramai, pihak berkepentingan, agensi rakan kongsi, dan Jawatankuasa Pemandu Daerah Tasik Jurong.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.