Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Urus niaga lebih pantas dengan gerbang jualan semula HDB

Oct 19, 2017 | 01:05 PM



MULAI 1 Januari tahun depan, orang ramai dapat membeli dan menjual flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dengan menjadi lebih mudah dan pantas menggunakan Gerbang Jualan Semula HDB.



Menggunakan gerbang itu, urus niaga penjualan atau pembelian flat dapat selesai dalam tempoh sehingga dua bulan, berbanding empat bulan ketika ini.



Pembeli atau penjual hanya perlu menghadiri satu temu janji dengan HDB, berbanding dua temu janji sebelum ini.



Dalam kenyataannya semalam, HDB berkata pembeli atau penjual yang mempunyai niat membeli atau menjual flat mereka boleh mendaftar dalam laman HDB InfoWEB di www.hdb.gov.sg menggunakan SingPass dan mereka akan dibimbing langkah-langkah untuk melalui setiap proses penjualan atau pembelian flat sehingga ia selesai.



"Wadah digital baru ini akan membimbing pembeli dan penjual melalui proses urus niaga jualan semula HDB. Anda boleh membuat pemeriksaan kelayakan, menghantar borang permohonan penjualan semula dan memunggah masuk dokumen diperlukan dalam satu wadah,'' kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, yang mengulas mengenai gerbang itu dalam posnya di Facebook.



Beliau menambah wadah baru itu merupakan contoh bagaimana teknologi digital dapat dilaksanakan bagi membaiki proses yang ada serta memudahkan kehidupan rakyat.



Usaha memperbaiki proses jualan semula flat HDB itu merupakan antara inisiatif Peta Perubahan Industri Hartanah (REITM) yang pertama kali diumumkan dalam bahas Belanjawan Negara bagi Kementerian Pembangunan Negara (MND) Mac lalu dan sebahagian usaha ke arah Negara Bijak.



Kesemua pemeriksaan kelayakan akan disepadukan dalam gerbang itu seperti kelayakan membeli atau menjual flat dan kelayakan mendapat geran perumahan dan pinjaman perumahan konsesi HDB. Malah, mereka juga boleh buat permohonan bagi mendapat surat kelayakan pinjaman HDB.



Jika pembeli flat menggunakan dana Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan/atau menggunakan pinjaman perumahan bagi membiayai pembelian itu, mereka boleh menggunakan gerbang bagi mengesahkan nilai flat bagi menentukan pinjaman perumahan dan/atau penggunaan CPF.



Apabila semua permohonan penjualan semula dihantar melalui gerbang tersebut, urus niaga itu selesai apabila Opsyen Untuk Membeli (OTP) dilaksanakan.



Apabila permohonan diluluskan, HDB akan menetapkan temu janji bagi kedua pihak untuk menandatangani perjanjian.



"Dengan proses dipermudahkan, pembeli dan penjual flat hanya perlu hadiri satu temu janji dengan HDB, berbanding dua sebelum ini. Temu janji pertama tidak lagi diperlukan kerana semua borang dan pemeriksaan dilakukan melalui gerbang,'' ujar HDB.



Mereka hanya perlu menghadiri temu janji selesai urus niaga penjualan dan pembelian di Hab HDB atau pejabat peguam.



"Kesemua tempoh urus niaga, dari penghantaran hingga selesainya permohonan penjualan semula dipendekkan hingga lapan minggu, dari 16 minggu sebelum ini, jika pembeli dan penjual menghantar dokumen dengan segera,'' jelas HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >