Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Urusan kembali biasa di Chartered Bank Holland Village sehari lepas rompakan

Jul 08, 2016 | 11:34 AM



RAMAI pelanggan berada di cawangan Standard Chartered Bank di Holland Village pada pagi Jumaat (8 Julai) untuk melakukan urusan perbankan mereka, sehari selepas satu rompakan nekad berlaku di sana.



Beberapa pelanggan, yang tidak bimbang, tiba sebelum kaunter bank dibuka pada 10 pagi.



Pesara Daniel Liu, 60-an tahun, memberitahu akhbar The Straits Times beliau tidak fikir satu lagi rompakan akan berlaku.



"Singapura sangat selamat dan mempunyai reputasi baik," katanya.



Rompakan itu berlaku pada kira-kira 11.25 pagi Khamis (7 Julai).



Difahamkan bahawa seorang suspek lelaki kulit putih memasuki bank itu dan menyerahkan kepada seorang juruwang wanita sekeping nota kertas yang tertera permintaannya.



Selepas juruwang itu mematuhi perintahnya, suspek keluar dengan wang tunai kira-kira $30,000.



Tiada senjata dilihat semasa kejadian itu, yang berakhir dalam masa beberapa minit.



Suspek masih bebas.



Tidak ada pengawal keselamatan di bank itu semasa kejadian.



Tetapi langkah-langkah keselamatan tambahan kelihatan telah diambil pada Jumaat.



Apabila bank itu dibuka pada 10 pagi, terdapat seorang pengawal keselamatan Certis Cisco dekat pintu masuk.



"Jika ada pengawal keselamatan semalam, keadaan akan berbeza," kata seorang lagi pelanggan bank itu, Encik Willy Lau, 43 tahun, yang bekerja sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >