Usah buka pautan SMS berangkai

AWAS sekiranya anda menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mencurigakan daripada seseorang yang kononnya memiliki gambar anda biarpun ia datang daripada sumber yang dikenali.

Orang ramai dinasihati agar jangan membuka pautan (link) yang disertakan dalam SMS tersebut kerana ia mungkin mengandungi virus.

Malah, di laman media sosial seperti Facebook, beberapa mangsa yang mendapat SMS itu telah memberikan amaran kepada orang ramai untuk tidak membuka pautan dalam SMS tersebut.

"Saya tidak dapat membuka fail dalam SMS itu. Setelah saya memeriksa dengan orang yang menghantar SMS itu, saya baru faham bahawa virus itu datang dari kerja. Jadi, tolong jangan membuka SMS yang menanyakan soalan yang sama," kata seorang pengguna Facebook.

Laporan lanjut di Berita Harian esok.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.