AKIBAT tidak hemat berbelanja dan menabung untuk hari tua, Encik Khalid (nama samaran), pekerja gudang berusia 30-an tahun, terpaksa mengadu nasib kepada sebuah firma kredit, iaitu pemiutang berlesen, untuk mendapatkan pinjaman.
Sejak meminjam $900 awal tahun ini, beliau, yang berpendapatan sekitar $2,000 sebulan, terkial-kial membayar ansuran bulanan dan kadangkala sangkut kerana tidak kecukupan.