Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah sekali-kali lupa masa paling gelap dalam sejarah Singapura: PM Lee

Feb 16, 2017 | 09:17 AM



PENGAJARAN daripada Pendudukan Jepun tidak harus sekali-kali dilupakan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (15 Feb), apabila Singapura menyambut ulang tahun ke-75 kejatuhannya.



Menulis di Facebook, Encik Lee berkata:



"75 tahun lalu, pada 15 Feb 1942, British menyerahkan Singapura kepada penceroboh Jepun di Bekas Kilang Ford di Bukit Timah. Ini disusuli keganasan, kesusahan dan kesengsaraan selama 3½ tahun di bawah Pendudukan Jepun, apabila nama Singapura ditukar kepada Syonan-to, 'Cahaya Selatan'.



"Setiap tahun, kita memperingati Hari Pertahanan Mutlak pada hari ini, supaya kita tidak sekali-kali lupa masa paling gelap dalam sejarah kita itu, apabila Singapura hilang kebebasan dan bahkan namanya.



"Pagi ini, kita melancarkan pameran 'Galeri Syonan: Perang dan Warisannya' di Bekas Kilang Ford.



"Ia mendokumenkan kengerian dan kekejaman Pendudukan Jepun, dan penderitaan dan keberanian perintis kita. Mereka tahu erti Singapura kehilangan kebebasan dan bahkan namanya. Mereka meninggalkan tempoh itu dengan keazaman tidak akan sekali-kali membiarkan ia berlaku lagi.



"Kita sekarang mempunyai SAF dan Home Team, tetapi Singapura akan sentiasa kekal kecil dan terdedah. Tiada sesiapa berhutang kepada kita kedaulatan atau keselamatan kita. Ini adalah kebenaran yang kita tidak harus sekali-kali lupa."



Dalam sebuah kapsyen, Encik Lee berkata nama pameran baru itu "menimbulkan reaksi kuat yang boleh difahami".



Beliau menambah: "Kita tidak boleh memadamkan sejarah kita atau menguburkannya kejadian masa lalu. Pameran ini adalah satu peringatan mengenai tempoh traumatik dalam sejarah kita dan derita yang perintis kita alami apabila Singapura hilang kebebasannya dan bahkan namanya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >