Usah telefon kembali jika dapat panggilan terlepas bernombor awal 999: Polis

JANGAN menelefon kembali jika anda melihat ada panggilan tidak dijawab bermula dengan nombor 999 pada telefon anda, kata Pasukan Polis Singapura pada Rabu (6 Jul).

Ada orang mendapat pada telefon bimbit mereka nombor panggilan terlepas bermula dengan angka 999, misalnya '999-XXXXX', kata polis dalam laman Facebook.

Apabila menelefon kembali nombor tersebut, mereka sebaliknya dihubungkan dengan talian kecemasan polis.

Polis berkata tidak diketahui dari mana panggilan itu datang dan ia boleh diabaikan.

"Teknologi menipu ID pemanggil boleh digunakan untuk menutup nombor telefon sebenar dan memaparkan nombor lain," ujar polis.

Bagi kes bukan kecemasan, orang ramai boleh menghubungi 1800-255-0000 atau memberi maklumat secara dalam talian di www.police. gov.sg/iwitness.

Mereka harus menelefon 999 hanya jika bantuan polis diperlukan segera.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.