MESKIPUN Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) dengan kerjasama Persatuan Insurans Umum Singapura (GIA) telah berhasil mengurangkan kes penipuan tuntutan insurans kenderaan (MIF), mereka akan terus mengambil tindakan tegas bagi membendung masalah tersebut daripada berleluasa di sini.
Sasaran utama adalah dalang dan pemain utama kegiatan penipuan yang menyebabkan syarikat insurans kerugian lebih $140 juta setahun itu.