Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha cari lelaki disyaki lemas di Punggol

Aug 07, 2023 | 06:44 PM



Satu usaha mencari dan menyelamat dilancarkan di perairan Punggol pada Ahad lalu (6 Ogos) selepas pihak berkuasa mendapat laporan mengenai seorang lelaki berusia 35 tahun disyaki lemas di kawasan itu.

Usaha mencari itu dilancarkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, polis berkata mereka mendapat panggilan telefon pada 3.45 petang Ahad bagi bantuan berdekatan jeti Punggol Point, tempat lelaki itu dilaporkan hilang.


Seorang pelukis yang mahu dikenali hanya sebagai ‘Encik He’ memberitahu akhbar berbahasa Cina Lianhe Zaobao bahawa beliau sedang berjalan lalu Northshore Plaza pada 4 petang apabila terlihat sekumpulan pegawai polis dan SCDF melakukan pemeriksaan di kawasan itu.


Beliau, yang berumur 50 tahun, berkata pihak berkuasa mengepung sebahagian laluan penghubung taman di sebelah Northshore Plaza ke kawasan berhampiran restoran makanan laut The Punggol Settlement.

Pihak berkuasa telah mengerahkan bot untuk melakukan usaha pencarian sedang beberapa kereta bomba dan ambulans ditempatkan di kawasan kejadian. Beliau menambah bahawa ramai orang berkumpul untuk menyaksikan operasi itu.

Seorang wanita, yang memperkenalkan dirinya sebagai isteri rakan lelaki yang hilang, memberitahu akhbar berbahasa Cina Shin Min Daily News suaminya bersetuju untuk pergi berkanu dengan lelaki itu pada Ahad.


Beliau, bagaimanapun, tidak pasti mengapa keadaan itu terjadi dan tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >