CIKGU Muhamad Hamim Abdul Rahim cukup prihatin melihat rakan sekerjanya di Sekolah Menengah Boon Lay terlalu sibuk bertugas hingga tidak ada waktu beriadah dan menjaga kesihatan mereka.
Oleh itu, guru kanan pendidikan jasmani (PE) itu memperkenalkan sistem ganjaran dan pengiktirafan bagi guru yang aktif melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan.