Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA EKSKLUSIF BERSAMA YAACOB IBRAHIM

Usaha manfaatkan bakat

Pencapaian, cabaran, peluang Daya tahan ke depan
Dec 31, 2017 | 05:30 AM



MENCARI bakat terbaik dalam masyarakat supaya mereka dapat menjawat dan menerajui jawatan penting dalam institusi utama Melayu/Islam.



Satu caranya adalah dengan membawa masuk bakat terbaik daripada Perkhidmatan Awam.



Itulah tumpuan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim dalam usaha membangunkan kepimpinan muda berbakat bagi mengisi jawatan penting dalam institusi Melayu/Islam seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki, Mahkamah Syariah dan badan Melayu/Islam yang lain.



Memberi contoh, beliau berkata pengurusan kanan dalam Muis sebelum ini, telah diperkukuh oleh Encik Mohammad Alami Musa yang kini Presiden Muis. Ketua Eksekutif Muis, Encik Abdul Razak Maricar, katanya, meneruskan apa yang dilakukan oleh Encik Alami.



"Namun kita juga perlu membawa bakat dari Perkhidmatan Awam. Encik Esa Masood (Timbalan Ketua Eksekutif Muis), adalah yang pertama daripada ramai lagi, di mana kami lihat bakat daripada kumpulan lebih besar, dapat disertakan ke dalam institusi utama kami.



"Kami telah melakukan perkara yang sama dengan Mahkamah Syariah apabila Ustaz Alfian Yasrif Kuchit (Presiden Kanan Mahkamah Syariah) dan Ustazah Raihana Halid menyertainya. Malah akan terdapat perubahan lain dalam Mahkamah Syariah tidak lama lagi. Itulah yang menjadi tumpuan saya bagi membangunkan kepimpinan dalam masyarakat kita," ujar beliau dalam wawancara dengan Berita Minggu baru-baru ini.



Menurutnya, pentadbiran Yayasan Mendaki juga turut diperkukuh baru-baru ini dengan perlantikan dua Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) - Cik Zulaiha Yusuf dan Cik Aidaroyani Adam, berkuatkuasa mulai 1 Januari.



"Mereka adalah orang-orang yang berkebolehan dan mereka boleh mentadbirkan pertubuhan dengan baik. Siapa tahu seorang daripada mereka boleh menjadi CEO Mendaki yang berpotensi pada masa akan datang," kata Dr Yaacob, yang juga Pengerusi Yayasan Mendaki.



Beliau berharap badan Melayu/Islam akan terus membuat pembaharuan dalam pengurusan dan pucuk pimpinan seperti yang dilakukan oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Angkatan Karyawan Islam (AMP), dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Dr Yaacob juga berkata kini terdapat lebih ramai individu Melayu/Islam berbakat yang layak untuk menyertai kepimpinan politik negara kerana terdapat lebih ramai golongan profesional Melayu/Islam yang kini berjaya dalam kerjaya mereka.



"Mereka adalah kumpulan yang sangat baik. Rakan sekerja saya dan saya telah menemui ramai individu - yang muda dan yang tidak berapa muda, yang telah membuktikan apa yang boleh mereka lakukan. Jadi, saya yakin jika kami berjaya meyakinkan mereka dan jika mereka dipilih, kita akan mempunyai kumpulan orang yang boleh kita banggakan," dedah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >