Usaha Mendaki@Heartlands bantu 9,000 keluarga

MENDEKATI dan membantu keluarga-keluarga yang memerlukan adalah usaha penting bagi pusat sehenti Mendaki@Heartlands sejak pelancarannya dua tahun lalu.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, turut sertai dalam lawatan rumah-ke-rumah bersama kakitangan Mendaki di kawasan Pasir Ris dan Tampines pagi tadi.

Sebanyak 10 keluarga penerima manfaat telah dilawat oleh Dr Yaacob dan keluraga-keluarga ini telah memberikan maklum balas yang setimpal kepada usaha ini.

Dr Yaacob berkata usaha Mendaki@Heartlands ini telah berjaya membantu sebanyak 9,000 keluarga antara 2013 hingga 2014 dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 16 peratus.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.