Perusahaan sosial menggunakan strategi komersial bagi memaksimumkan peningkatan kesejahteraan insan dan alam sekitar yang mungkin termasuk memaksimumkan kesan sosial. Misi sosialnya juga menjadi teras kepada kejayaan insan selain berpotensi meraih keuntungan. Wartawan HAIRIANTO DIMAN (mdhairi@sph.com.sg) menyorot perjalanan perusahaan sosial The LOOMs Workshops serta pengalaman seorang kakitangannya yang bertugas sejak awal pembentukan perusahaan itu.
DEMI memperkasa golongan wanita yang tidak berpeluang mencari sumber pendapatan sendiri disebabkan hal peribadi, beliau memulakan satu perusahaan sosial yang dapat menyediakan peluang kepada mereka melengkapkan diri dengan kemahiran dan mendapatkan pekerjaan.