SEJAK Januari lalu Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE) telah menganjurkan lebih 40 sesi dialog dan perbincangan dengan wakil industri, pemimpin perniagaan, kesatuan sekerja dan wakil akademik daripada institut pengajian tinggi.
CFE yang pengerusikan Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat dan dianggotai ketua perniagaan dan pemimpin pemerintah, telah dibentuk tahun lalu demi mengenal pasti industri dan pasaran yang berupaya pesat bertumbuh di masa depan. Ia juga mahu membantu syarikat merebut peluang dalam bidang tersebut antaranya ekonomi digital.