USAHA baik sukarelawan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Jagaan Susulan Antara Agensi (ACG) dipuji Timbalan Perdana Menteri Encik Teo Chee Hean, di satu majlis Makan Tengah Hari Penghargaan bagi Sukarelawan Masyarakat di Gardens by the Bay semalam.
Menurut beliau, relawan itu telah gigih melakukan kerja balik tabir dalam menangani ancaman ekstremis dan ideologi pengganasan di Singapura.