Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha tarik 50,000 penderma baru tulang sumsum

Apr 21, 2016 | 11:26 AM



DAFTAR nasional bagi penderma sumsum tulang mahu meningkatkan sukarelawan dalam programnya lebih 80 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Dalam kempen terbesarnya, Program Penderma Sumsum Tulang (BMDP) berharap dapat merekrut 50,000 penderma menjelang 2018 untuk menambah kepada jumlah 62,000 sekarang.

Tahun lalu, BMDP menemukan padanan bagi 58 pesakit leukemia dan penyakit darah lain, bertambah 20 peratus daripada 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMDP, Cik Jane Prior, berkata permintaan bagi pemindahan sumsum tulang diramal berkembang 10 peratus setiap tahun.

Dalam satu sidang media pada Rabu (20 Apr), BMDP ia berkata ia juga menyasarkan meningkatkan jumlah penderma bukan Cina, memandang masyarakat Melayu dan India juga edang menghadapi kekurangan

Melayu membentuk 6 peratus daripada jumlah 62,000 penderma BMDP, manakala India 8 peratus.

Harapan BMDP ialah menambahkan penderma bagi setiap kaum itu kepada sekurang-kurangnya 12 peratus.

Cik Prior berkata: "Kami tidak mempunyai cukup dalam daftar sekarang. Anda lebih cenderung menemui padanan dalam kaum sendiri."

Seseorang pesakit mempunyai satu dalam 20,000 peluang menemui padanan, dan kumpulan penderma yang lebih besar bukan meningkatkan peluang menemui padanan sahaja, malah membuat rawatan lebih termampu.

Kos bagi pemindahan daripada penderma tempatan kira-kira $22,000, manakala daripada penderma dari Amerika Syarikat boleh mencapai $65,000.

Sesiapa sahaja yang berumur antara 17 dan 49 dan dalam keadaan sihat boleh mendaftar sebagai penderma sumsum tulang di www.projecttomorrow.com.sg. Penderma kekal dalam daftar itu hingga berusia 60 tahun.

Kit kesat pipi dan borang akan dihantar melalui pos. Seseorang penderma diminta menderma sumsum tulang hanya jika ia didapati padan dengan pesakit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >