INSTITUT Latihan Kepimpinan Masyarakat (Nacli) akan berusaha dengan lebih giat untuk mendekati lebih ramai rakyat Singapura dan menawarkan lebih banyak program latihan yang disesuaikan dengan keperluan mereka.
Ia bertujuan membekalkan pemimpin yang mempunyai kemahiran memimpin khusus bagi kawasan mereka, misalnya kejiranan estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) atau rumah berhalaman.