Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha ukur nilai ijazah daripada institut swasta

Jan 04, 2016 | 10:13 AM



PELAJAR yang lulus daripada sembilan sekolah swasta pada 2014 sedang dikaji bagi mengetahui pekerjaan yang mereka ceburi dan berapa gaji mereka.


Majlis Pendidikan Swasta (CPE), yang mengawal selia sektor pendidikan swasta, mengetuai inisiatif itu, yang disokong Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pendidikan (MOE).


CPE berkata maklumat yang dikumpul akan "membantu membimbing penggubalan dasar pada masa depan mengenai perkara berkaitan pendidikan swasta, tenaga kerja dan pekerjaan lulusan", lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (4 Jan).


Sembilan sekolah itu ialah Curtin Education Centre; ITC School of Laws; James Cook Australia Institute of Higher Learning; Kaplan Higher Education Institute; Institut Pembangunan Pengurusan Singapura; Ngee Ann-Adelaide Education Centre; Institut Pengurusan Singapura; Institut Pengajian Tinggi SMF; dan Trent Global College of Technology and Management.


Sekolah-sekolah itu dipilih kerana mempunyai jumlah pelajar terbesar, ujar CPE.


Bahagian dasar pengajian tinggi MOE memberi tender bernilai $109,000 kepada firma penyelidikan Forbes Research Oktober lalu, untuk menjalankan satu kajian selama 18 minggu ke atas 13,000 pelajar yang lulus daripada sekolah-sekolah itu pada 2014.


Sampel soal selidik kajian itu dilampirkan bersama dokumen tender. Ia bertanya responden mengenai status pekerjaan mereka pada tahun sebelum mereka memulakan pengajian swasta dan enam bulan selepas menamatkan peperiksaan terakhir mereka di sekolah swasta.


Mereka juga ditanya mengenai gaji asas dan kasar bulanan mereka sebelum dan selepas mendapat ijazah.


Satu soalan bertanya lulusan itu apakah mereka berasa mereka tidak seharusnya melanjutkan pengajian di sebuah institut swasta.


Jika mereka menjawab 'ya', mereka diminta memberi sebabnya daripada satu senarai pilihan, seperti kelayakan mereka tidak diiktiraf majikan apabila dibandingkan dengan institusi awam, atau prospek kerjaya dan gaji yang dikaitkan dengan ijazah tersebut ialah di bawah jangkaan.


Terdapat lebih 300 sekolah swasta di Singapura, dengan banyak program menawarkan diploma dan ijazah. Ia dihadiri kira-kira 77,000 warga Singapura dan 29,000 warga asing.


Pelajar yang tidak mendapat tempat di universiti awam tempatan sering mengambil ijazah di institut swasta.


Sebagai sebahagian daripada pergerakan SkillsFuture, pemerintah menggalak orang ramai tidak memberi tumpuan pada mengejar ijazah, tetapi memperoleh kemahiran khusus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >