Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahasama Singapura, Brunei untuk tingkat upaya banteras penyeludupan wang dan pembiayaan pengganas

May 12, 2018 | 12:54 PM



MEMORANDUM Persefahaman (MOU) antara unit risikan kewangan Singapura dan Brunei telah ditandatangani tadi (12 Mei) di Istana Nurul Iman, Brunei.



MOU tersebut bertujuan untuk meningkatkan keupayaan membanteras penyeludupan wang dan pembiayaan pengganas dan telah ditandatangani oleh wakil daripada Pejabat Melapor Urus Niaga Mencurigakan (STRO), sebuah unit Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam.



Upacara tersebut disaksikan Presiden Halimah Yacob dan Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.



Satu lagi persetujuan yang disaksikan Puan Halimah pada hari kedua kunjungannya ke Brunei adalah Persetujuan Kerjasama Teknologi Kewangan antara Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Kewangan Brunei Darussalam, bertujuan membangunkan inovasi dalam khidmat kewangan dalam kededua negara.



Kedua-dua MOU itu telah ditandatangani selepas majlis menyambut kedatangan Puan Halimah di Brunei, dihoskan Sultan Hasanal Bokiah dan isteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >