USAHAWAN Melayu Singapura harus merebut pelbagai peluang perniagaan yang ditawarkan negeri Malaysia, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
"Sektor makanan, pelancongan, pengangkutan dan logistik, fesyen dan media baru, kesemua ini memberi peluang besar kepada peniaga Melayu Singapura untuk mengembangkan dan meluaskan rangkaian perniagaan mereka," kata beliau semasa diwawancara Berita Harian di akhir lawatan kerja tiga hari ke Terengganu kelmarin.