Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI 'BINCANG BH': PERBINCANGAN MEJA BUNDAR BERSAMA ENCIK SAKTIANDI SUPAAT

Usahawan perlu manfaat skim sedia ada demi majukan niaga

May 29, 2016 | 05:30 AM



LEBIH ramai usahawan Melayu perlu memanfaatkan skim-skim sedia ada untuk terus memajukan perniagaan dan meninjau pasaran di luar negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Consulting Group, Encik Suhaimi Salleh.



Beliau berkata meskipun terdapat banyak skim yang disediakan pemerintah hari ini, tidak ramai yang memanfaatkan skim tersebut.



Dengan adanya teknologi 'mengganggu'/disruptif hari ini, Encik Suhaimi berkata usahawan dan peniaga boleh memanfaatkan skim-skim pemerintah yang ada demi membuat loncatan jauh bagi memajukan perniagaan mereka.



"Terdapat pelbagai skim sedia ada untuk mereka dapatkan. Malangnya, kita dapat lihat agak kurang sekali anggota masyarakat kita yang menggunakan skim ini bagi mempertingkatkan lagi perniagaan ataupun bagi mereka meninjau pasaran luar negara ataupun sejagat," katanya.



Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Zahidi Abdul Rahman, bagaimanapun, tidak bersetuju dengan pandangan Encik Suhaimi.



Menurut pengamatannya, sejak dua tahun beliau menjadi presiden DPPMS, beliau melihat ramai peniaga yang mengambil bahagian dalam kursus dan skim, bukan kerana terdapat skim pemerintah, malah kerana terdapat keperluan mengubah perniagaan mereka dan mahu menjadikan perniagaan mereka lebih baik lagi.



Beliau berkata ada juga peniaga yang meneroka peluang berniaga di luar negara bagi memperluaskan lagi perniagaan.



Memberi contoh, beliau berkata terdapat sekumpulan peniaga Melayu yang pergi ke Jepun baru-baru ini bagi mencari peluang berniaga.



Menjelaskan pandangannya, Encik Suhaimi berkata beliau tidak mengatakan bahawa tiada peniaga Melayu yang memanfaatkan skim pemerintah yang ada atau pergi ke luar negara bagi meneroka peluang berniaga.



Sebaliknya, beliau berharap lebih ramai lagi dalam kalangan mereka yang memanfaatkan skim-skim itu, menyertai kursus ataupun seminar dan peluang berniaga di luar negara.



"Ada individu yang ke luar negara. Ada peniaga kita yang memang kalau kita mahu lihat dalam seminar ataupun kursus yang dianjurkan pusat SME, DPPMS, dan sebagainya, kita dapat lihat mereka selalu datang menyertai seminar ataupun kursus.



"Saya amat berbahagia sekali kalau saya dapat lihat dalam satu seminar yang dianjurkan pada peringkat nasional, mungkin 10 peratus daripada hadirinnya daripada anggota peniaga kita," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >