Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usia lebih 65 tahun: Hasrat tunai haji tidak kesampaian

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



SEJAK gilirannya ke haji pada 2020 terpaksa ditangguh ekoran pandemik Covid-19, setiap hari Cik Sukarti Ahmad berdoa agar diberi peluang untuk menjejaki kaki di tanah suci.



Lantaran itu, apabila tiba berita jemaah antarabangsa dibenarkan menunaikan haji tahun ini, Cik Sukarti, 70 tahun, berasa amat bersyukur.



Namun beliau berasa kecewa sekali lagi kerana usianya melebihi had usia yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.



Baru-baru ini, kerajaan Saudi mengumumkan beberapa peraturan baru bagi musim haji tahun ini, yang termasuk hanya membenarkan mereka berumur 65 tahun ke bawah.



Cik Sukarti telah mendaftar untuk haji pada 2012 bersama suami dan dua anak saudaranya.



Memandangkan suaminya sudah meninggal dunia pada 2014, ibu dua anak itu berharapan tinggi agar dapat menjalankan ibadah haji bersama kededua anak saudaranya.



Semasa dihubungi, Cik Sukarti berkata sementara berasa hampa dengan hal ini namun beliau reda dan tabah menerimanya.



"Memang ada rasa hampa bila mendapat tahu yang ada had usia untuk ke haji tahun ini.



"Tetapi apa yang boleh kita buat, kita semua harus menerima sahaja hakikatnya.



"Kalau boleh memang saya mahu pergi tahun ini sebab umur pun dah semakin meningkat, nanti lama-lama susah pula nak bergerak sebab haji memerlukan banyak tenaga.



"Mujur saya sudah pernah pergi umrah, jadi tidak terlalu terkilan dan kecewa," ujarnya yang membuat perniagaan kecil-kecilan dari rumah seperti roti kirai dan lontong.



Pada masa sama, Cik Sukarti tidak terlalu terkejut dengan peraturan baru itu disebabkan keadaan yang masih tidak menentu.



"Saya faham perlunya peraturan-peraturan seperti ini kerana satu dunia baru hendak pulih daripada Covid-19.



"Jadi langkah-langkah ini penting untuk menjaga keselamatan diri saya mahupun orang lain.



"Ada juga rasa bimbang, kalau balik nanti sakit sebab saya ada penyakit semput," terang beliau.



Menurut Cik Sukarti, sejak sekitar 2019, beliau sudah mula mempersiapkan diri secara fizikal selain daripada persiapan dari segi peralatan dan barangan keperluan seperti jubah, stokin dan sarung tangan.



Menurutnya, setiap hari beliau cuba berjalan selama 30 minit sambil mengamalkan gaya hidup lebih aktif.



"Saya pastikan tidak hanya duduk di rumah sahaja. Setiap pagi, saya akan berjalan kaki ke perhentian bas membawa makanan jualan saya yang akan dihantar ke dua kedai.



"Selepas itu, saya akan jalan-jalan sikit di sekitar kawasan pasar.



"Sebab anak-anak saudara saya pun sudah nasihatkan saya supaya cuba biasakan banyak berjalan, jadi bila ke haji nanti tidak terlalu penat," tambahnya yang menetap di Hougang.



Cik Sukarti berkata beliau tidak putus berdoa agar beliau dapat ke haji tahun depan.



"Saya memang berharap tahun depan akan ada kelonggaran untuk golongan lanjut usia seperti saya. Alhamdulillah, keadaan kewangan pun cukup dan selesa, dan benar-benar sudah bersedia," tambahnya yang sudah divaksin.



Sementara itu, menurut beberapa agensi pelancongan, jemaah yang layak dan mahu ke haji tahun ini harus bersedia menghadapi apa sahaja senario, memandangkan pandemik belum berakhir.



"Bagi jemaah yang menunggu, nasihat kami ialah untuk mempunyai hati dan minda terbuka serta reda.



"Apa sahaja peraturan dikenakan adalah demi kebaikan umum dan keselamatan majoriti sebab kita masih lagi dalam keadaan pandemik.



"Pada akhirnya, kita berusaha namun Allah menentukan," nasihat Pengurus Besar Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, yang juga anggota pasukan bertindak Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >