Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz jaya turunkan berat badan 28kg dengan amal diet

Mar 11, 2018 | 05:30 AM



BELIAU sendiri terkejut dengan kejayaannya. Mengurangkan berat badan sebanyak lebih 28kg dalam tempoh kurang lebih enam bulan.



Inilah kejayaan yang dicapai oleh Ustaz Muhammad Fakhrur Radzi Mohd Noor, 31 tahun, Ketua (Unit Dakwah dan Pembangunan Sosial) Masjid Al-Mukminin, di Jurong East.



Pada 10 September tahun lalu, berat badan beliau, yang jelas gempal, mencecah 106.4kg.



Namun, hasil mengamalkan diet pemakanan yang tidak melibatkan makanan berkarbohidrat, manis serta bergula, selama enam bulan, timbangan berat badannya turun dengan banyaknya.



Catatan berat badan terakhirnya pada Ahad lalu adalah 78.8kg.



Beliau kini juga kelihatan lebih sihat, cergas, langsing dan tampan.



"Saya sendiri terperanjat dengan catatan penurunan berat badan saya ini.



"Pada bulan pertama sahaja iaitu pada Oktober tahun lalu selepas saya tidak memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi, kentang, biskut, mi dan makanan manis bergula, berat badan saya turun sebanyak 9kg.



"Ini membuatkan saya berasa lebih terdorong meneruskan gaya pemakanan itu," jelas Ustaz Muhammad Fakhrur Radzi, yang mendedahkan bahawa beliau pernah merasakan kesukaran duduk dalam tahiyat akhir ketika menjadi imam solat sewaktu bertubuh gempal dahulu.



Menurut beliau, selepas berat badannya menurun, beliau merasakan banyak perbezaannya dan tidak lagi menghadapi masalah itu.



"Alhamdulillah, saya berasa lebih sihat sekarang. Hasil daripada menjaga kesihatan ini, saya meraih banyak manfaatnya.



"Saya juga berasa lebih senang bangun pagi, tidak lagi berasa mengantuk, rasa segar dan lebih cerdas.



"Ini membantu saya meningkatkan fokus pada tugas dan menjalankan kerja dakwah," jelas Ustaz Muhammad Fakhrur Radzi, yang menumpukan dietnya pada ayam, ikan, telur, sayur-sayuran hijau, buah-buahan seperti avocado, keju dan kekacang.



Memberikan contoh, beliau berkata pada waktu makan tengah hari, beliau akan memakan hidangan ayam penyet tanpa nasi, manakala pada sebelah malam pula, beliau akan memakan sajian yang disediakan ibunya, juga tanpa memakan nasi.



Menceritakan detik beliau memulakan diet itu, Ustaz Muhammad Fakhrur Radzi menambah bahawa beliau sebenarnya sudah lama berusaha cuba menurunkan berat badan.



"Yang menjadi titik tolaknya adalah apabila saya selepas melihat seorang pelajar saya dan beberapa teman asatizah lain berjaya mengurangkan berat badan menerusi cara serupa.



"Saya pula sudah lama sedar bahawa saya tidak boleh terus gemuk seperti sebelum ini. Ini kerana tidak betullah keadaan ini sedangkan seorang Mukmin perlu menjadi seorang yang sihat baik akalnya mahupun badannya.



"Jadi apabila saya terjumpa cara ini dan melihat pelajar saya itu dapat mengurangkan berat badan dengan memakan ayam dan keju serta bersenam setiap hari, ia menjadi motivasi bagi saya.



"Dengan adanya sekitaran yang menyokong - isteri dan teman-teman asatizah yang berkongsi pengalaman serupa serta pembacaan lanjut untuk mendalami pengetahuan dalam cara menurunkan berat badan yang betul, sampai sekarang saya berjaya menurunkan lebih 28kg berat badan saya.



"Seseorang itu boleh mengamalkan cara pemakanan dan kaedah lain untuk menurunkan berat badan masing-masing.



"Saya ada berkongsi pengalaman ini dalam Facebook saya. Kata kunci yang saya gunakan untuk mengajak rakan-rakan menurunkan berat badan mereka adalah "You Can Too" (Anda Boleh Juga)," ujar beliau.




"Seseorang itu boleh mengamalkan cara pemakanan dan kaedah lain untuk menurunkan berat badan masing-masing. Saya ada berkongsi pengalaman ini dalam Facebook saya. Kata kunci yang saya gunakan untuk mengajak rakan-rakan menurunkan berat badan mereka adalah "You Can Too" (Anda Boleh Juga)."
- Ustaz Muhammad Fakhrur Radzi Mohd Noor, 31 tahun. Berat badan beliau mencecah 106.4kg pada 10 September lalu. Kini selepas menjaga pemakanan, catatan berat badannya pada Ahad lalu (4 Mac 2018) adalah 78.8kg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >