ASATIZAH dan pakar akademik, Ustaz Dr Mohamed Ali, telah dinaikkan pangkat dan kini menyandang jawatan Penolong Profesor, Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Difahamkan bahawa Ustaz Dr Mohamed merupakan asatizah tempatan pertama yang dinaikkan pangkat sebagai penolong profesor di sebuah institut pengajian tinggi yang terkemuka di rantau ini.