Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah tempatan lain yang mempunyai pengikut luar negara

Sep 19, 2022 | 05:30 AM



USTAZAH SYARIATI SULAIMAN yang telah mengajar agama di bawah Nur Insan berkata pandemik telah menjadi pembelajaran bebas sempadan dengan ada pelajar yang menghadiri kelas dalam taliannya sejauh Amsterdam dan Dubai.



Menurutnya beliau akan mengajak pelajar baru dan dari luar negara untuk memperkenalkan diri sendiri.



"Ada warga Australia yang telah menjadi mualaf, ada juga warga India yang menginap di Dubai," katanya.



Beliau menambah mereka sering menghadiri kelas hadis yang dijalankannya setiap Selasa.



Bahasa Inggeris yang baik turut merapatkan jurang antara pelajar kelasnya sama ada yang dari dalam dan luar negara.



"Tetapi apa yang memperkukuh ikatan kami ialah semangat kekitaan sesama wanita atau 'sisterhood' yang menyatukan kita tidak kira apa jua latar belakang kita," tambahnya.




USTAZAH SU'AIDAH SALIM pernah menjadi guru Al-Quran bagi satu kelas mengaji dalam talian selama 40 hari yang terbuka kepada pelajar antarabangsa.



Dari situ, ramai di antara mereka telah mula mengikuti kelas yang dijalankannya secara peribadi dalam talian.



Ada pelajar yang sejauh Tanzania, United Kingdom dan Malaysia.



"Kebanyakan di antara mereka gemar menghadiri kelas pembacaan buku Imam Al-Ghazali yang saya adakan pada setiap Rabu," katanya.



Menurutnya jenama Singapura mempunyai kredibiliti dalam kalangan peserta luar negara yang sedang mencari asatizah luar negara dalam talian yang diyakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >