PUSAT bagi Pekerja Domestik mahu pembantu rumah membuka akaun bank di Singapura - sebelum mereka tiba di sini untuk bekerja - dalam langkah membasmi pertikaian gaji di masa hadapan.
Pengerusi pusat itu, Encik Yeo Guat Kwang, berkata sebuah akaun bank menyimpan rekod elektronik tentang pemindahan gaji, justeru menjadikannya lebih mudah bagi pembantu rumah dan majikan memantau pembayaran.