Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usul bayar bagi beg pasar raya mulai pertengahan 2023

Feb 06, 2023 | 03:53 PM



MULAI pertengahan 2023, pelanggan di kebanyakan pasar raya akan dikehendaki membayar sekurang-kurangnya lima sen bagi setiap beg pembawa pakai buang (disposable carrier bag).


Dua pertiga daripada semua cawangan pasar raya di Singapura – termasuk NTUC FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong dan Prime – akan mengenakan bayaran ke atas semua beg pembawa pakai buang yang dibuat daripada sembarang bahan, termasuk plastik dan kertas.


Bayaran bagi beg itu adalah antara beberapa pindaan yang disarankan bagi Akta Kemampanan Sumber yang dibentang di Parlimen pada Isnin (6 Feb)


Matlamat undang-undang yang dicadangkan itu ialah mengurangkan sisa makanan dan pembungkusan di Singapura. Hanya 6 peratus daripada semua sisa plastik dikitar semula di Singapura pada 2021.


Langkah mengenakan bayaran bagi beg pembawa diumumkan buat kali pertama pada awal 2022.


Pengendali pasar raya lebih besar yang akan mengenakan bayaran itu mempunyai pusing ganti tahunan lebih $100 juta dan mempunyai sumber lebih baik untuk melaksana keperluan itu.


Pengendali lebih kecil digalak melaksana secara sukarela bayaran beg pembawa mereka sendiri, dan ramai peruncit sedemikian telah melakukannya, menurut satu kenyataan bersama Agensi Sekitaran Nasional (NEA) dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada Isnin.


Ini termasuk The Body Shop dan cawangan FairPrice Xpress serta Cheers, yang mula mengenakan bayaran 10 sen bagi beg plastik untuk setiap urus niaga pada 2022.


Agensi-agensi itu berkata bayaran minimum dikekalkan rendah bagai menyederhanakan kesan kos ke atas pembeli, sambil menggalak mereka sedar akan jumlah beg pembawa pakai buang yang mereka ambil.


Bagi kebertanggungjawapan dan ketelusan dalam penggunaan kutipan bayaran itu, pengendali pasar raya akan dikehendaki menyiarkan maklumat tentang jumlah beg yang diberi kepada pembeli, jumlah kutipan daripada bayaran itu, dan cara kutipan itu digunakan, misalnya bagi menyokong usaha amal atau alam sekitar, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >