Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usul jadikan ARS skim mandatori dapat sokongan

Penting juga bagi asatizah sampaikan pengajaran Islam dalam konteks Singapura
Aug 20, 2016 | 08:52 PM



PEMIMPIN Melayu/Islam melahirkan sokongan kepada cadangan menjadikan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) sebagai skim mandatori ke atas semua asatizah setempat bagi memastikan mereka bertauliah.

Mereka turut menekankan keperluan melatih asatizah untuk menyampaikan pengajaran Islam dalam konteks Singapura.

Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Ustaz Ali Haji Mohamed, berkata pelaksanaan mewajibkan asatizah mendaftar di bawah ARS ialah satu jalan yang baik kerana negara ini mempunyai acuan tersendiri dalam membimbing agama serta masyarakat supaya mereka tidak mengikut "acuan yang mungkin membawa ke arah yang berpecah-belah".

"Kita tahu bahawa masyarakat perlukan bimbingan dalam negara sekular dan plural seperti Singapura.

"Kalau misalnya, di lain-lain tempat, mereka mengikut cara mereka sendiri, tapi kerana kita berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama dan hidup di dalam negara sedemikian, maka kita perlu sangat berhati-hati supaya tidak mudah terpengaruh," ujar Ustaz Ali.

Beliau menambah bahawa usulan menjadikan ARS satu skim mandatori seharusnya datang daripada asatizah.

"Asatizah perlu sama-sama menyokong skim yang sedang dirancang ini... satu kewajiban supaya kita dapat mengawal masyarakat dengan lebih baik," kata Ustaz Ali.

Beliau ditemui media selepas menghadiri dialog tertutup pemimpin setempat bersama Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, serta Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Selain ARS, dialog itu turut membincangkan ancaman pengganasan dan ekonomi masa depan.

ARS dibentuk pada 2005 antara lain bertujuan meningkatkan taraf profesional dan menjadi sumber rujukan yang boleh dipercayai bagi masyarakat Muslim di Singapura.

Sejauh ini, 80 peratus daripada bilangan asatizah setempat telah mendaftar di bawah ARS manakala baki 20 peratus belum berbuat demikian.

Tokoh asatizah mapan, Ustaz Pasuni Maulan, pula berkata: "Kita perlu mempunyai semacam kesatuan untuk berfikir kerana guru-guru agama merupakan pembangunan masyarakat sama ada dari sudut sosial, ekonomi mahupun kerohanian."

Bagi menarik baki asatizah yang belum mendaftar, Ustaz Pasuni berkata:

"Mereka perlu disedarkan dengan keadaan di Singapura hari ini... Kita tidak boleh merasakan bahawa sebagai guru agama, kita hanya mendidik masyarakat sendiri kerana kesan daripada didikan itu akan dilihat oleh masyarakat lain.

"Jadi, kalau semduanya dalam satu kesatuan, kesan yang diharapkan lebih besar dan ini akan menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan masyarakat kita."

Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rahayu Mohamad, berasa skim ARS adalah satu langkah yang progresif dan proaktif sebagai seorang asatizah.

"Tapi penting sekali para asatizah diberi dukungan meningkatkan relevansi dari sudut ilmu kemahiran dan juga etika profesionalisma. Saya berharap usaha pengtauliahan ini di kalangan asatizah kita akan mendapat sokongan daripada komuniti asatizah sendiri dan juga masyarakat amnya."

Katanya lagi, sebagai seorang ibu, beliau juga akan berasa yakin jika asatizah yang mendidik anaknya adalah mereka yang bertauliah.

Sijil skim pengiktirahan ARS ini juga akan membuat asatizah yakin dengan kedudukan mereka dalam masyarakat, tambah Cik Rahayu.

"Kalau misalnya, di lain-lain tempat, mereka mengikut cara mereka sendiri, tapi kerana kita berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama dan hidup di dalam negara sedemikian, maka kita perlu sangat berhati-hdati supaya tidak mudah terpengaruh."

- Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Ustaz Ali Haji Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >