PENGAWAL keselamatan boleh menjangkakan kenaikan gaji, sekiranya usulan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) agar menaikkan gaji asas bulanan sebanyak $300, menerima lampu hijau daripada pihak majikan.
Di bawah saranan itu, gaji bulanan asas minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada $1,100 sebulan - satu kenaikan yang agak besar berbanding $817 sekarang, menurut satu laporan perangkaan gaji Kementerian Tenaga Kerja (MOM) bulan lalu.