Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksinasi bagi pelajar ITE bermula

ITE
Jun 15, 2021 | 05:30 AM



PROSES vaksinasi Covid-19 bagi semua pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bermula dengan pembukaan pusat vaksinasi Kementerian Pendidikan (MOE) ketiga di kampus ITE Kolej West semalam.



Seramai 280 pelajar ITE menerima dos pertama vaksin Covid-19 pagi semalam di pusat vaksinasi itu.



Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman, yang mengunjungi pusat vaksinasi itu semalam, berkata semua pelajar ITE - sekitar 28,000 di seluruh Singapura - boleh mendaftar bagi vaksinasi di sekolah mereka dan mengambilnya di pusat vaksinasi yang dibangunkan di kampus masing-masing.



Ketiga-tiga pusat vaksinasi di kampus ITE - di Kolej Central, Kolej East, dan Kolej West - sudah beroperasi. Pusat vaksinasi keempat di Pusat Konvensyen Raffles City akan memulakan operasi hari ini.



Sejauh ini, lebih 300,000 pelajar di semua peringkat di Singapura telah mendaftar bagi menerima vaksin Covid-19.



Namun, Dr Maliki menekankan langkah-langkah pengurusan selamat akan dikekalkan meskipun dengan lebih ramai pelajar telah divaksin.



"Vaksinasi ialah antara langkah perlindungan yang dilaksana, namun sekolah akan terus memastikan setiap pelajar terus menjaga amalan selamat, termasuk menjaga kebersihan, memakai pelitup muka serta menjaga jarak selamat," ujarnya.



Pelajar ITE Kolej West Naomi Ansyirah Mohamed Sufian, 17 tahun, menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam.



"Pada awalnya saya agak ragu-ragu selepas membaca berita tentang kesan vaksin ini, tapi apabila saya lihat lebih ramai orang telah menerimanya saya bertambah yakin," ujarnya.



Sementara itu, satu kenyataan bersama Persatuan Jantung Singapura, Akademi Perubatan Singapura, Kolej Doktor Singapura dan Kumpulan Pakar Kardiologi menyatakan meskipun radang jantung, atau miokarditis dan perikarditis, mungkin dialami mereka yang divaksin, risiko komplikasi daripada jangkitan Covid-19 lebih tinggi.



Kenyataan itu menyusuli laporan tentang empat lelaki dikatakan mengalami radang jantung selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19.



"Kami terus menggesa anggota masyarakat awam yang layak supaya mendapatkan vaksinasi Covid-19 kerana risiko komplikasi daripada jangkitan Covid-19 jauh lebih tinggi berbanding risiko vaksin.



"Vaksinasi melindungi sebahagian besar individu daripada sakit teruk daripada jangkitan Covid-19 dan membantu membentuk imuniti kelompok dalam masyarakat," kata kenyataan itu.



Kesemua lelaki berusia antara 18 dengan 30 tahun itu sudah pulih.



Sebagai langkah perlindungan, mereka yang menerima vaksin dinasihatkan supaya elak daripada aktiviti fizikal berat sekitar seminggu selepas menerima dos kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >