Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VEP: Ditangguh lagi, Malaysia akan beri 'notis lebih daripada mencukupi'

Jul 20, 2016 | 07:37 AM



KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) berkata ia akan mengumumkan permulaan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan kadar bayarannya ke atas kereta Singapura pada "masa sesuai", sekali gus menyangkal laporan sebelum ini yang menyatakan sistem itu akan bermula Sabtu (16 Jul) lepas.



Sebagai respons kepada pertanyaan media, MOT berkata "notis lebih daripada mencukupi" akan diberi mengenai bila bayaran RM20 ($6.80) yang dicadangkan akan dikenakan ke atas kenderaan asing yang memasuki Malaysia.



Kenderaan komersial dan motosikal akan dikecualikan.



VEP - yang juga memerlukan kereta Singapura berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia sebelum masuk - disasarkan bermula seawal Oktober lalu, tetapi pelaksanaannya ditangguhkan beberapa kali.



Akhbar New Straits Times Malaysia melaporkan pada Isnin (18 Jul) walaupun sistem itu dirancang dilancar Sabtu lalu, ia ditangguh disebabkan satu "masalah teknikal".



Ini kerana pihak berkuasa sedang menguruskan "isu-isu integrasi" bagi membolehkan pengguna jalan raya membayar tol sedia ada dan bayaran VEP bersama, dengan mengimbas CashCard mereka sekali sahaja.



Kementerian itu berkata: "MOT dan JPJ sedang menjalankan ujian sistem untuk memastikan pelaksanaan licin dan lancar."



Ia menambah bahawa kira-kira 144,000 kenderaan telah didaftarkan untuk VEP. Pemandu kenderaan Singapura yang belum berdaftar selepas VEP dilaksana harus berbuat demikian di kaunter pusat pemeriksaan di Tambak Johor di Johor Bahru dan lintasan Link Kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >