Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VEP: Malaysia belum laksana ke atas kenderaan Singapura

VEP
May 04, 2016 | 11:27 AM



KUALA LUMPUR: Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas kenderaan Singapura yang memasuki Johor belum dilaksana kerana Malaysia masih memuktamadkan butiran teknikalnya, menurut akhbar The Straits Times yang memahaminya daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia pada Rabu (4 Mei).



Walaupun agensi berita Bernama melaporkan pada Januari bahawa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai merancang VEP dilaksana pada Mei, dua pegawai kementerian memberitahu akhbar itu beliau tidak pernah menggariskan tarikh mula VEP.



"Menteri belum mengumumkan setakat ini," kata seorang pembantu, sambil menambah tiada garis masa akan ditetapkan "sehingga sistem itu siap".



Laporan lain menukil pegawai pengangkutan jalan dan pegawai kerajaan negeri Johor sebagai berkata VEP akan dilaksana pada Jun, dengan lebih 120,000 kenderaan Singapura telah mendaftar bagi skim tersebut.



Pada April, Datuk Seri Liow dilaporkan berkata apabila butiran skim itu telah diselesaikan, kerajaan Malaysia akan mengumumkan tarikh pelaksanaannya.



Langkah mengenakan levi itu - dilaporkan RM20 ($6.80) bagi setiap perjalanan - ke atas kenderaan yang berdaftar di Singapura sepatutnya dilaksana pada 1 Ogos tahun lepas tetapi telah berkali-kali ditangguhkan.



VEP itu akan berkuat kuasa di kedua-dua laluan ke Malaysia - Koswe dan Linkedua.



Kereta Malaysia yang memasuki Singapura kini membayar VEP $35 sehari pada hari biasa, sementara penunggang motosikal dikenakan bayaran $4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >