SEBILANGAN besar warga Singapura "belum tergerak" mendaftar kenderaan mereka dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia walaupun pendaftaran bagi Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke negara itu akan dilanjutkan sehingga ke sekurang-kurangnya akhir tahun ini.
Tempoh pendaftaran yang sebelum ini dilanjutkan sehingga 1 Oktober lalu akan dilanjutkan sekurang-kurangnya empat bulan lagi bagi memastikan pihak berkuasa Malaysia mempunyai masa membangunkan kad pengenalan gelombang radio atau radio frequency identification (RFID) yang tidak mudah diklon atau diusik.