Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VEP RM20 mulai 1 Sept, kata pegawai Johor

Tunggu lampu hijau Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aug 18, 2016 | 05:30 AM



JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor sudah bersedia melaksanakan Permit Masuk Kenderaan (VEP) dengan Caj Jalan RM20 ($6.70) mulai 1 September ini ke atas kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki Malaysia melalui Johor.



Manakala VEP bagi mengesan kenderaan Singapura yang mempunyai saman tertunggak atau kompaun di Malaysia akan mula dilaksanakan awal tahun depan.



Namun, keputusan melaksanakan VEP dan Caj Jalan itu tertakluk kepada keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia di Kuala Lumpur.



"Kami telah bersedia melaksanakan Caj Jalan setelah dapat membezakan kenderaan Malaysia dan Singapura menerusi kamera pengimbas yang dipasang.



"Kamera pengimbas ini telah diperbaiki dan boleh mengesan kenderaan Malaysia melalui pelekat cukai jalan yang ditampal di kenderaan Malaysia.



"Buat masa ini, kami telah melakukan percubaan itu dan kami boleh melaksanakan Caj Jalan pada 1 September ini.



"Namun keputusan melaksanakan VEP dan Caj Jalan ini kami serahkan kepada MOT. MOT akan memberi keputusan muktamad,'' kata pegawai JPJ yang tidak mahu namanya didedahkan kepada Berita Harian.



Sebelum ini, isu teknikal dikatakan telah menyebabkan pelaksanaan Caj Jalan dan VEP ditangguhkan beberapa kali.



Buat masa ini, JPJ sedang melaksanakan percubaan terhadap sistem Caj Jalan itu di laluan keluar masuk di koswe.



JPJ juga menasihatkan kesemua kenderaan Singapura agar mendaftar dengan VEP. Sekiranya gagal mendaftar, kenderaan Singapura tidak akan dibenarkan masuk ke Malayisa dan perlu membuat pusingan U pulang ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >