Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM MILENIAL

Video animasi kupas hikayat Hang Nadim dari sudut berbeza

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



KISAH Hang Nadim, budak lelaki Melayu yang menyelamatkan penduduk Temasek daripada serangan ikan todak tetapi akhirnya sendiri terkorban akibat hasad dengki satu hikayat yang selalu kita dengar dan telah diabadikan dalam media cetak.



Namun, baru-baru ini, sekumpulan pelajar politeknik menaruh inspirasi dari kisah itu untuk menceritakannya dari sudut pandangan yang berbeza - urutan kejadian sebelum Singapura dilanggar todak - dan menerusi platform digital.



Bersama pasukannya, Cik Harissa Qistina Suwandi, 19 tahun, telah menghasilkan video animasi dua minit berdasarkan kisah Hang Nadim dalam bahasa Inggeris, yang diberi tajuk "The Curse of Tun Jana Khatib" atau "Sumpahan Tun Jana Khatib".



Berdasarkan kisah Hang Nadim, Tun Jana Khatib difahamkan merupakan seorang alim dari Pasai, sebuah kerajaan Muslim di Sumatera yang wujud dari kurun ke-13 hingga kurung ke-16.



Beliau telah dihukum mati secara tidak adil dan penganiayaan itu menyebabkan bencana besar berlaku ke atas Temasek yang dipercayai merupakan sebahagian kerajaan itu.



Bencana itu adalah kejadian todak yang menyerang Singapura.



Bercakap dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, Cik Harissa berkata meskipun ramai yang tahu peranan Hang Nadim menyelamatkan Temasek, sebagaimana Singapura dikenali pada satu masa dahulu, tidak ramai yang mengenali Tun Jana Khatib dan peranan beliau yang penting dalam hikayat Hang Nadim.



"Saya dan pasukan saya memutuskan untuk menceritakan semula cerita itu daripada perspektif berbeza... terutamanya tentang Tun Jana Khatib dan bagaimana beliau dihukum mati secara salah.



"Kami juga menambah unsur-unsur ajaib di mana Tun Jana Khatib menyumpah tanah Temasek untuk diserang oleh ikan todak," kata Cik Harissa.



Lebih penting lagi, beliau berharap pendekatan digital yang diambil untuk menceritakan kisah Hang Nadim ini dapat menarik perhatian anak muda lain sepertinya untuk terus mempelajari tentang sejarah di sini.



Menurut Cik Harissa, dengan adanya visual yang berwarna-warni serta lukisan yang mudah difahami, beliau berharap ia memudahkan pemahaman kisah tersebut oleh golongan anak muda dan kecil.



"Saya membesar dengan kisah-kisah ini sejak kecil lagi.



"Saya ingat lagi ibu bapa saya akan sering menceritakan kisah-kisah lama ini kepada saya serta saya dibawa ke muzium dan mempelajari tentang kisah orang Melayu kita.



"Saya berharap mereka yang berpeluang menonton animasi tersebut dapat rangsangan untuk kemudian melakukan penyelidikan tentang orang Melayu kita dan menjadinya satu perbincangan antara anak muda dan orang tua mereka," jelasnya.



Sebenarnya, Cik Harissa merupakan sebahagian daripada 50 pelajar dan pensyarah Politeknik Nanyang (NYP) yang telah berusaha menghasilkan 10 animasi digital yang dipamerkan baru-baru ini di pameran Cerita di Taman Warisan Melayu (MHC).



Menurut Cik Harissa, pasukan lima anggotanya itu mengambil masa hampir empat bulan untuk menyiapkan video animasi itu



Antara cabaran yang dihadapinya termasuk pastikan video itu sesuai dengan pameran di MHC serta betul secara fakta.



"Disebabkan kisah Tun Jana Khatib ini mungkin bukan sesuatu ramai yang tahu, kita harus melakukan penyelidikan yang tepat.



"Untuk melakukan demikian, kami telah melakukan banyak rundingan bersama MHC serta pensyarah kami untuk memastikan cerita yang kami tampilkan ini selaras dengan apa yang terjadi," ujar Cik Harissa, yang kini menuntut dalam tahu kedua di pelajar tahun kedua dalam jurusan Reka Bentuk Grafik Bergerak di NYP.



Wadah yang digunakan untuk menayangkan video itu di MHC juga melahirkan cabaran susulan.



"Skrin video pameran di sana sebenarnya melengkung dan berlainan dengan video yang kami sunting di sekolah.



"Jadi pasukan saya terpaksa mengubah video tersebut hampir tiga kali untuk pastikan ia konsisten dan sesuai dengan pameran di MHC," ujar Cik Harissa.




"Saya membesar dengan kisah-kisah ini sejak kecil lagi... Saya berharap mereka yang berpeluang menonton animasi tersebut dapat rangsangan untuk kemudian melakukan penyelidikan tentang orang Melayu kita dan menjadinya satu perbincangan antara anak muda dan orang tua mereka."
- Cik Harissa Qistina Suwandi, pelajar Politeknik Nanyang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >