Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video Benjamin Lim didakwa cabul budak perempuan ditunjuk di mahkamah

May 18, 2016 | 09:34 AM



BENJAMIN Lim, pelajar berusia 14 tahun yang mati terjatuh pada Januari selepas ditangkap kerana didakwa mencabul, memasuki lif pada masa yang sama dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun.



Dia dilihat menjatuhkan telefon bimbitnya, dan apabila dia mengambilnya, tangan kanannya nampaknya menyentuh belakang paha kiri budak perempuan itu.



Video kejadian pada 25 Jan itu, yang dirakam kamera pengawasan, ditunjukkan di mahkamah pada Selasa (17 Mei) semasa siasatan koroner ke atas kematiannya bermula.



Media diarah meninggalkan mahkamah apabila video seminit itu dimainkan, bagi melindungi identiti mangsa.



Bagaimanapun apabila pemberita kembali, bapa Benjamin yang berumur 46 tahun mempertikai bahawa budak perempuan itu telah disentuh.



Peguamnya, Encik Choo Zheng Xi, memberitahu mahkamah apa yang bapa Benjamin perhatikan ialah "kibasan di kawasan skirt budak perempuan itu" dan padanya kelihatan tiada sentuhan badan.



Ibu bapa Benyamin tidak boleh dinamakan selepas mahkamah membenarkan permohonan mereka agar mereka tidak dikenal pasti.



Peguam Negara Wong Woon Kwong, yang membantu mahkamah dalam siasatan itu, berkata pegawai penyiasat Mohamed Razif mempertahan apa yang digambarkan berlaku di dalam lif itu. Encik Wong menjelaskan terpulang pada Koroner Negara Marvin Bay untuk membuat keputusan apakah Benjamin menyentuh gadis itu.



Kematian Benyamin pada 26 Jan membawa perhatian pada layanan ke atas anak muda semasa siasatan jenayah, dan bila sekolah harus melepaskan pelajar kepada polis.



Encik Wong memberitahu mahkamah polis dan Sekolah Menengah North View, tempat Benjamin bersekolah, mengambil langkah-langkah untuk berurusan dengannya dengan teliti, termasuk menghantar pegawai berpakaian preman, membiarkan pengetua sekolah bercakap dengannya dahulu untuk meyakinkannya, membolehkan kakitangan sekolah hadir semasa dia diinterviu oleh hanya seorang pegawai polis di sekolah, dan tidak menggarinya.



Pegawai polis juga bercakap dengannya agar dia selasa semasa memandu ke balai polis dan dia diinterviu di pejabat terbuka di balai polis.



Peguam Negeri itu menegaskan kes tersebut berpunca daripada kesalahan serius melibatkan dakwaan mencabul kehormatan seorang budak perempuan sangat muda, yang pada kira-kira 4.25 petang pada 25 Jan, membuat laporan di Pusat Polis Kejiranan Yishun North.



Budak itu berkata dia tidak bersemuka dengan orang yang menyentuh dengan lembut punggung kirinya kerana takut. Melalui rakaman dari kamera polis sekitar blok itu, polis mendapati suspek memakai pakaian pendidikan jasmani Sekolah Menengah North View.



Kakitangan sekolah mengenal pasti suspek sebagai Benjamin, daripada cermin mata berbingkai merah yang dipakainya.



Apabila Inspektor Poh Wee Teck menemuramah Benjamin di pejabat pengetua, dia berkata dia mungkin "tidak sengaja" menyentuh budak itu semasa mengambil telefon bimbitnya.



Di Polis Divisyen Ang Mo Kio, Benjamin mengaku kepada Penolong Superintenden (ASP) Razif dia mengekori budak itu ke dalam lif, sengaja menjatuhkan telefonnya dan menyentuhnya.



Dia kemudian diletak di bawah tahanan dan ibunya membayar wang jaminan untuknya. Mereka tiba di rumah pada 3.30 petang. Sejam kemudian, Benjamin ditemui mati di kaki blok tempat mereka tinggal.



ASP Razif berkata dalam laporannya Benjamin menjalani kaunseling dari darjah 1 hingga 4. Beliau juga berkata kanak-kanak itu tidak sabar untuk menyertai satu perkhemahan sekolah, menurut ibu bapanya dan kakaknya.



Beberapa minit sebelum Benjamin jatuh, dia diberitahu oleh ibunya bahawa dia tidak akan menyertai perkhemahan itu.



Siasatan disambung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >