Video budak dilanggar di Jurong West cetus bahas soal keselamatan pejalan kaki

SATU perdebatan hangat meletus di media sosial mengenai satu kejadian di mana seorang budak dilanggar sebuah kereta semasa dia meluru di depan sebuah bas di Jurong West Street 81.

Rakaman kejadian itu, disiarkan kali pertama di Facebook oleh pengguna Suzy Adorabella Lyliana pada Selasa (12 Julai) dan kemudian dikongsi dalam kalangan laman web masyarakat seperti Roads.sg dan All Singapore Stuff, menerima beberapa juta paparan.

Budak itu, yang nampaknya tidak mengalami kecederaan serius selepas kesan perlanggaran tersebut membuat dia tercampak, dilihat sedang dibantu beberapa pejalan kaki lain.

Sedang sesetengah orang menyalahkan budak berkenaan kerana tidak bertanggungjawab dan tidak menyalahkan pemandu kereta itu, ada orang mengecam beliau kerana nampaknya tidak memberi bantuan.

Namun, kalangan netizen sepakat bahawa anak-anak muda - dan pejalan kaki secara umum - perlu dididik mengenai keselamatan jalan raya.

Menurut nasihat bagi pejalan kaki di laman web Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura, kekuatan daripada kesan awal menyebabkan kecederaan utama ke atas pejalan kaki yang dilanggar oleh sebuah kenderaan dari arah depan.

Pada kelajuan kenderaan lebih 50kmh, mangsa sering tercampar naik ke atas bonet dan mungkin merempuh cermin depan, membawa kepada kecederaan sekunder.

Sekiranya mangsa tercampar ke atas bumbung kereta, dia mungkin terjatuh di belakang dan dilanggar kenderaan lain.

Dan jika brek kenderaan ditekan tiba-tiba, mangsa mungkin tercampar ke depan, dengan kenderaan itu menggilisnya.

Berikut beberapa panduan bagi pejalan kaki demi kesemalatan di jalan raya:

- Sentiasa gunakan lintasan pejalan kaki, jejantas, lintasan zebra, laluan bawah tanah dan lampu isyarat trafik

- Angkat tangan ketika melintas. Ini bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya mengenai kehadiran anda

- Gunakan laluan pejalan kaki dan laluan jalan kaki lain apabila mungkin.

- Jangan menyeberang di selekoh jalan. Memandangkan medan penglihatan anda terhad di bahagian jalan raya ini, anda tidak dapat melihat kenderaan yang menghampiri, dan pemandu tidak dapat melihat anda.

- Jangan menyeberang di depan sebuah kenderaan tidak bergerak dan di antara kenderaan bergerak.

- Sentiasa tunggu hingga bas berhenti sepenuhnya jika anda mahu menaiki atau turun bas.

- Berwaspada akan kenderaan yang sedang menghampiri terutama apabila anda melangkah keluar dari kenderaan.

- Jika berjalan berkumpulan, sentiasa menghadap lalu lintas dari arah depan.

- Pakai pakaian berwarna terang apabila berjalan pada waktu malam, atau bawa beberapa bahan yang memantul cahaya supaya pemandu boleh melihat anda dari jauh.

(Disesuaikan daripada laman Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura, melalui 'Buku Panduan bagi Pengguna Jalan Raya' oleh Polis Trafik.)

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.