SEORANG lelaki dilihat memotong sebuah bas awam secara berbahaya semasa menunggang sebuah skuter elektrik pada kelajuan tinggi.
Sebuah video yang disiarkan di Stomp kelmarin menunjukkan pengguna e-skuter tersebut, yang kelihatan memakai topi keledar dan sarung tangan, mengekori sebuah bas SMRT 171 berdekatan Mandai Road.