PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang menyiasat dua video yang dimuat naik ke media sosial yang menunjukkan keadaan huru-hara sebuah dormitori SCDF.
Pengarah Ehwal Awam SCDF, Kolonel Abdul Razak Raheem, berkata SCDF memandang serius kejadian itu dan akan menyiasatnya dengan teliti.