Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video M3 sorot kegiatan riadah AP

May 29, 2022 | 05:30 AM



NAK tahu pemegang jawatan politik (POH) Melayu/Islam mana yang sudah lama nak cuba kegiatan papan selaju atau skateboard?



Atau siapa yang hendak menyertai perlumbaan Spartan?



Ikuti siri video baru oleh M3 yang akan memaparkan enam POH Melayu/Islam di laman Facebook M3.



POH yang dipaparkan dalam siri video enam episod itu termasuk:



  • Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad;

  • Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman;

  • Menteri Negara Kanan (Perta hanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad;

  • Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim;

  • Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam; dan

  • Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Siri video yang dinamakan Santai Jap itu dihoskan personaliti setempat, Hans Hamid, dan dimuat naik ke laman Facebook M3 semalam.



Setiap episod disampaikan dalam bahasa Melayu, dengan sari kata bahasa Inggeris.



Dalam setiap episod, Hans dan seorang POH masing-masing keluar dari zon selesa mereka untuk melakukan kegiatan riadah atau menyahut pelbagai cabaran menarik seperti go-kart, permainan realiti maya (VR) dan stand up paddling atau mendayung sambil berdiri.



Penonton juga boleh mendengar pengalaman peribadi POH itu dan kerja mereka dengan masyarakat untuk menangani pelbagai isu yang dihadapi.



Menurut kenyataan M3, siri video itu diharap dapat memberi mesej inspirasi dan motivasi bagi masyarakat Melayu/Islam untuk menceburi pembelajaran sepanjang hayat.



Ia juga diharap mendorong masyarakat menyumbang semula kepada masyarakat sebagai relawan dan memanfaatkan sumber daripada agensi M3 yang relevan sedang masyarakat Melayu/Islam di sini berusaha menjadi sebuah Masyarakat Gemilang.



PAUTAN

https://www.facebook.com/maju.bersama.m3 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >