Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video: Tetamu khas gerai bazar BH

Jul 17, 2014 | 05:56 PM



SEJAK penampilan sulungnya di bazar Ramadan tahun ini, gerai Berita Harian (BH) telah menerima kunjungan beberapa pemimpin politik sejak beberapa hari lalu.


Antara mereka termasuk Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob dan Menteri Tenaga Manusia, Encik Tan Chuan-Jin.


Turut mengunjungi ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Choa Chukang, Encik Zaqy Mohamed, dan AP GRC Marine Parade, Fatimah Lateef.


Gerai BH di bazar yang terletak di hadapan pasar Geylang Serai dibuka pada 5 Julai lalu.


BH membuka gerai tersebut untuk mendekati masyarakat dan pembaca, selain memudahkan pembaca melanggani akhbar cetak dan digital BH.


Mengulas tentang kehadiran BH di bazar, Encik Zaqy berkata idea BH membuka gerai di bazar merupakan langkah yang baik kerana bazar tempat ramainya anggota masyarakat datang untuk membeli-belah atau berjalan-jalan.


"Apa yang baik ialah ia dapat melihat BH turun ke padang bersama masyarakat untuk mempromosikan akhbar Melayu kita dan juga mempromosikan penggunaan bahasa Melayu di Singapura," kata Encik Zaqy.


Saksikan video kunjungan tersebut di laman http://beritaharian.sg/setempat/video-tetamu-khas-gerai-bazar-bh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >