Vivian: Asean harus terus cari kata sepakat berhubung isu di Rakhine
Premium
Vivian: Asean harus terus cari kata sepakat berhubung isu di Rakhine
Dec 6, 2017 | 5:30 AM

PERLU ATASI ISU KEMANUSIAAN: DrVivian semasa berucap di kuliah 'Asean: 50 Tahun Seterusnya' di Iseas-Institut Yusof Ishak semalam. - Foto REUTERS -
TIDAK wajar bagi Asean tidak berbuat atau berkata apa-apa tentang keadaan kemanusiaan di Rakhine, Myanmar, meskipun krisis itu tidak dapat diselesaikan segera, kata Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan semalam.
Sedang tiada penyelesaian yang mudah, "ada orang yang benar-benar menderita kerana ketidakadilan yang mengerikan dan mereka menjadi mangsa kekejaman", katanya kepada sekitar 200 diplomat, pemimpin perniagaan dan ahli akademik.

