Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian Balakrishnan nafi berita palsu beliau rebah di sidang kemuncak PBB

Sep 23, 2017 | 07:10 PM



MENTERI Ehwal Luar Vivian Balakrishnan menafikan artikel berita palsu hari ini yang melaporkan bahawa beliau rebah semasa sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang sedang berlangsung kini dengan mengeluarkan pos di Facebook yang menyatakan bahawa beliau “baik-baik sahaja” di New York.

 

Laman berita glonews360.com telah menerbitkan artikel dalam talian yang bertajuk: “Terkini: Menteri Ehwal Luar Singapura rebah, Sidang Kemuncak PBB dihentikan.”



Laporan itu menyatakan bahawa beliau rebah secara tiba-tiba beberapa minit selepas mesyuarat dimulakan, dan telah menarik diri dari mesyuarat itu.

 

Laporan palsu itu juga mendakwa Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata Dr Balakrishnan berada dalam “keadaan kritikal”.

 

Dr Balakrishnan mengulas mengenai laporan itu dalam pos di Facebook yang menyatakan bahawa berita tersebut tidak benar.



“Saya baik-baik sahaja di New York dan tidak sabar untuk menyampaikan ucapan saya di PBB hari ini,” katanya menafikan berita palsu itu.



Menteri berusia 56 tahun itu berada di New York minggu ini bagi sesi ke-72 Sidang Perhimpunan Agung PBB.



Ini bukan kali pertama glonews360.com telah menerbitkan berita palsu. 



Jun lalu, ia telah mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa pelawak Singapura Hossan Leong meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Malaysia, namun berita tersebut dinafikan Leong, 48 tahun.



Pada bulan yang sama, ia melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah membatalkan program pengecualian Visa untuk warga Singapura, namun ini dinafikan Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >