MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan melawat Malaysia mulai hari ini hingga Khamis untuk memperbaharui dan mengukuhkan hubungan dua hala dengan pemimpin Malaysia.
Beliau akan menemui Menteri Kanan dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah; serta ahli politik dan personaliti lain, kata Kementerian Luar Singapura (MFA) dalam satu kenyataan semalam.
Dr Balakrishnan juga akan menghadap Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Sultan Perak.
Beliau akan diiringi oleh pegawai dari MFA.