Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian lawat M'sia, perkukuh hubungan, kerjasama dua hala

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, melawat Malaysia mulai hari ini hingga Rabu bagi memperkukuh hubungan rapat yang sudah lama terjalin antara kededua negara di samping menguatkan lagi kerjasama dua hala dengan kerajaan baru Malaysia.



Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, Dr Balakrishnan akan menghadap Yang DiPertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, di samping bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Lawatan itu "mengesahkan persahabatan yang terjalin dan hubungan rapat antara Singapura dan Malaysia serta bertujuan mengukuhkan kerjasama dua hala dengan kerajaan baru Malaysia," jelas kenyataan itu.



Dr Balakrishnan juga akan bertemu lima menteri Kabinet Malaysia dalam rangka kunjungannya itu.



Mereka terdiri daripada Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke; Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad.



Dr Balakrishnan yang akan diiringi pegawai MFA, juga akan bertemu ahli politik dan personaliti Malaysia lain, kata kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >