Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian lawat Thailand dua hari

Mar 28, 2016 | 09:06 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, tiba di Thailand pada Isnin (28 Mac) untuk lawatan pengenalan dua hari atas jemputan rakan sejawatannya, Encik Don Pramudwinai, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Ahad.



Semasa lawatan ke Bangkok, Dr Balakrishnan akan mengadap Puteri Maha Chakri Sirindhorn dan melakukan kunjungan ke atas Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha; Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi Ekonomi dan Ehwal Luar, Encik Somkid Jatusripitak; dan Anggota Majlis Privi, Jeneral Surayud Chulanont.



Dr Balakrishnan dan Encik Don akan bersama-sama merasmikan Mesyuarat Penyelaras ke-12 Program Pertukaran Perkhidmatan Awam Thailand-Singapura (CSEP 12) pada Isnin.



CSEP mekanisme penting bagi dua perkhidmatan awam itu mengkaji semula kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama dalam bidang baru, kata MFA.



Ia merangkumi 13 kelompok kerjasama melibatkan lebih 30 agensi dari Singapura dan Thailand.



Tema CSEP 12 ialah 'Menggalak Kerjasama antara Agensi Perkhidmatan Awam bagi Menyokong Kesalinghubungan Asean'. Ia dipengerusikan bersama Setiausaha Tetap MFA, Encik Chee Wee Kiong, dan rakan sejawatannya dari Thailand, Encik Apichart Chinwanno.



Thailand rakan dagang kesembilan terbesar Singapura tahun lalu, dengan jumlah dagangan dua hala sebanyak $29.6 bilion.



Bank of Thailand menyenaraikan Singapura sebagai pelabur asing kedua terbesar dan pelabur Asean terbesar di Thailand pada 2014, dan 11 bulan pertama 2015.



Pelaburan Singapura kebanyakannya dalam perkhidmatan kewangan dan insurans, pengilangan dan perdagangan.



Dr Balakrishnan melawat Australia, China dan Indonesia awal tahun ini, dan Malaysia dan Brunei tahun lalu selepas mengambil alih portfolio menteri barunya itu Oktober lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >